Monday 22 October 2018

KEJOHANAN SUKAN PERINGKAT ZON 6 PITAS 2018

Bersua Kembali...

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua atlet dan para guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam kalendar Sukan Zon pada tahun 2018 ini. 

Usaha Tangga Kejayaan! Itulah pepatah keramat yang sesuai disematkan dalam kalendar Sukan Zon pada tahun ini. Jika pada Tahun sebelumnya SKPP2 berada pada kedudukan Tempat yang Ke-2 namun pada tahun ini kita berjaya merampas kedudukan Juara Keseluruhan daripada SK Pekan Pitas. Tahniah!

Di sebalik kejayaan itu, tercatat satu perkara yang paling manis dan bermakna apabila salah seorang daripada atlet SKPP2 ini bukan sahaja berjaya mendapatkan pingat emas namun juga telah berjaya memecahkan Rekod Kejohanan dalam acara Lompat Tinggi Lelaki. Tahniah kepada adik Jetylexis dengan lompatan emas 1.32 meter. (Rekod Zon 6).

Kontinjen SK Pekan Pitas 2

Pasukan Perbarisan (Tempat Ketiga)

Acara 4x200 Lelaki dan Perempuan

Acara Terbuka PIBG 

Antara Jurulatih dan Pengurus Atlet

Syabas dan Tahniah diucapkan. Semoga kejayaan pada Tahun ini dapat dikekalkan pada Tahun hadapan. SK Bawang Kita Bertemu!

Wednesday 11 October 2017

Sukan MSS Zon 6 2017

Bersua kembali dalam halaman baharu. Dipendekkan cerita, sukan MSS Zon 6 telah berlangsung selama 2 hari yang bertempat di SK Senaja Pitas. Seramai 30 atlet daripada SKPP2 yang bertanding dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.

Acara yang dipertandingkan dalam kategori C sekolah rendah adalah seperti yang berikut :
1. 100 Meter Lelaki dan Perempuan
2. 200 Meter Lelaki dan Perempuan
3. 80 Meter Lari Berpagar Lelaki dan Perempuan
4. 4x100 Meter Lari Berpasukan Lelaki dan Perempuan
5. 4x200 Meter Lari Berpasukan Lelaki dan Perempuan
6. Lontar Peluru Lelaki dan Perempuan
7. Lompat Tinggi Lelaki dan Perempuan
8. Lompat Jauh Lelaki dan Perempuan

Sebanyak 8 acara sebenarnya yang dipertandingkan dalam peringkat sekolah rendah. Syukur kepada Tuhan kerana sekolah kita berjaya mencari bakat-bakat bagi mewakili kesemua jenis acara yang dipertandingkan. 
Sudah menjadi adat dalam pertandingan ada yang kalah dan sudah pasti ada juga pemenangnya. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya menyumbangkan pingat Emas, Perak dan Gangsa kepada sekolah. Syabas juga diucapkan kepada mereka yang tidak berjaya. Walau tidak berjaya menyumbangkan sebarang pingat, namun kesungguhan dan semangat untuk mengharumkan nama sekolah di pentas ini sangat-sangat kami hargai. Peluang untuk bersinar di pentas arena ini masih panjang. Teruskan perjuangan.

Ucapan penghargaan kepada jurulatih sukan yang terlibat :
1. Cikgu Baxter Goh (Ketua Jurulatih)
2. Cikgu Kenny Lucin (Pen. Pengurus Pasukan)
3. Cikgu Mark Anthony Aloysius
4. Cikgu Fridericca Juil
5. Cikgu Jamaluddin (Pengurus Pasukan)
6. Cikgu Dayang Asnah (PK/Pen. Ketua Kontinjen)
7. Cikgu Kamlit Kindan

Ucapan Tahniah kepada jurulatih perbarisan :
1. Cikgu Ainielia Suin
2. Cikgu Siti Khairunisah binti Sangadi
3. Cikgu Nurasriah bte Ismail
4. Cikgu Wan Safrie Oyong

Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat dalam pengangkutan, ajk bertugas kejohanan dan penyediaan makanan kepada para atlet.
1. Cikgu Julkipli Sukur (GB/Ketua Kontinjen)
2. Cikgu Nur Hanisah Sarkawi (Fisioterapi)
3. Cikgu Edwin Garampang
4. Pn. Janah Anan
5. Cikgu Nor Hajati
6. Cikgu Audrey Saile
7. Cikgu Sakinah binti Sabtu


Penyerahan Piala Tempat Kedua secara keseluruhan.

Sayonara MSS Zon 6 2017. Tahun 2018 kita bersua kembali. 

~Jumpa Lagi~

Cerita 2 Minggu

Salam mesra kepada semua. Dalam keheningan malam, tepat jam 1:00 am, tatkala mata sukar untuk "dilelapkan" saya cuba untuk mengemaskini maklumat yang sempat dirakamkan baru-baru ini. 

Dua minggu yang lepas bermulalah cabaran latihan kepada atlet-atlet muda SK Pekan Pitas 2 ini untuk menghadapi cabaran sukan antara sekolah MSS Zon 6 di SK Senaja. TAHNIAH diucapkan kepada seluruh kontinjen SKPP2 kerana berjaya meletakkan kedudukan sekolah KEDUA daripada Juara keseluruhan SK Pekan. Walau agak tidak berpuas-hati dengan keputusan ini, namun tetap juga diterima dengan rasa kesyukuran. Tahniah sekali lagi.

Dalam kesibukan latihan para atlet, tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat dalam program gotong-royong menceriakan kawasan sekolah. Murid-murid tahun 6 yang baharu sahaja "bebas" daripada UPSR sangat teruja untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong ini bersama dengan pelajar lain, guru-guru dan kakitangan pembersihan sekolah. Terima Kasih!

Malas pula taip panjang-panjang. Baiklah saya ringkaskan sahaja sampai di sini dan saksikanlah Foto-foto yang sempat dimuatnaik. 


Gotong-royong membersihkan Bilik Perkembangan Staf.

Tuan GB juga turun padang.

Kakitangan Pembersihan yang bersemangat dan rajin menjalankan tanggungjawab.

Program Sejuta Pokok, jadi kenalah tanam Pokok. 

Kakitangan Pembersihan yang sentiasa setia dalam melaksanakan tugas.


 Murid Tahun 6 saling berkerjasama dalam menjayakan program Gotong-royong Sejuta Pokok.

Kesungguhan jelas kelihatan pada riak muka atlet-atlet di samping 'Coach'nya yang "GARANG". (Tegas itu mesti)

Latihan diteruskan walau keadaan cuaca yang tidak menentu.

Hari sebelum sukan MSS Zon 6. Lawatan ke SK Senaja. Melawat Trek Arena Pertandingan.
Akibat cuaca yang tidak menentu sepanjang bulan September-Oktober maka Padang hampir berubah wajah menjadi kawasan Sawah. 

Walau bagaimana sekalipun keadaan Arena, perjuangan tetap diteruskan. Tahniah kepada semua atlet dan "mereka" yang terlibat dalam kejayaan ini.

 ~Sampai sini sahaja, jumpa lagi di halaman yang seterusnya~


Thursday 28 September 2017

Biar Foto Berbicara

Disebabkan pelbagai kekangan menyebabkan banyak sangat aktiviti-aktiviti sejak awal tahun 2016 hingga 2017 tidak dapat dikongsikan dalam blog ini. Bertemankan secangkir 3 in 1 Nescafe yang dibeli di kedai G-Mart Pitas, saya usahakan untuk memuatnaik beberapa foto berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang sempat dirakamkan pada masa itu. Lihat foto dan kenang memori anda pada saat itu. 

Taklimat tentang hari persekolahan dan peperiksaan UPSR oleh PK HEM Encik Che Zaki.

Taklimat tentang disiplin daripada guru disiplin SKPP2 iaitu Encik Syahrul kepada calon-calon UPSR.
"Kau tak jaga disiplin, kau tak payah ambil periksa!" (Edit)

Majlis ringkas guru-guru bersama murid tahun 6. Amanat daripada Guru Besar SKPP2 dan majlis bersalaman.

~BERSAMBUNG~

Selamat Datang

Tahniah kami ucapkan kepada seorang peribadi yang sentiasa komited dalam tugasnya. Seawal tahun 2017, setelah bersaranya mantan Guru Besar SKPP2 iaitu En. Harun Bin Durabi, maka tempat beliau telahpun mendapat penggantinya yang baharu.

Sekali lagi dengan ucapan Tahniah dan Selamat Datang kami warga SKPP2 ucapkan kepada "Bapa" baharu dalam organisasi SKPP2. Selamat bertugas di tempat yang baharu dan bersama-sama menyahut seruan Jabatan Pendidikan Negara dalam memartabatkan kualiti pendidikan di sekolah ini secara amnya. Terima Kasih.

Encik Julkipli Bin Sukur
Guru Besar SKPP2 (2017-kini)