Wednesday 11 October 2017

Cerita 2 Minggu

Salam mesra kepada semua. Dalam keheningan malam, tepat jam 1:00 am, tatkala mata sukar untuk "dilelapkan" saya cuba untuk mengemaskini maklumat yang sempat dirakamkan baru-baru ini. 

Dua minggu yang lepas bermulalah cabaran latihan kepada atlet-atlet muda SK Pekan Pitas 2 ini untuk menghadapi cabaran sukan antara sekolah MSS Zon 6 di SK Senaja. TAHNIAH diucapkan kepada seluruh kontinjen SKPP2 kerana berjaya meletakkan kedudukan sekolah KEDUA daripada Juara keseluruhan SK Pekan. Walau agak tidak berpuas-hati dengan keputusan ini, namun tetap juga diterima dengan rasa kesyukuran. Tahniah sekali lagi.

Dalam kesibukan latihan para atlet, tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat dalam program gotong-royong menceriakan kawasan sekolah. Murid-murid tahun 6 yang baharu sahaja "bebas" daripada UPSR sangat teruja untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong ini bersama dengan pelajar lain, guru-guru dan kakitangan pembersihan sekolah. Terima Kasih!

Malas pula taip panjang-panjang. Baiklah saya ringkaskan sahaja sampai di sini dan saksikanlah Foto-foto yang sempat dimuatnaik. 


Gotong-royong membersihkan Bilik Perkembangan Staf.

Tuan GB juga turun padang.

Kakitangan Pembersihan yang bersemangat dan rajin menjalankan tanggungjawab.

Program Sejuta Pokok, jadi kenalah tanam Pokok. 

Kakitangan Pembersihan yang sentiasa setia dalam melaksanakan tugas.


 Murid Tahun 6 saling berkerjasama dalam menjayakan program Gotong-royong Sejuta Pokok.

Kesungguhan jelas kelihatan pada riak muka atlet-atlet di samping 'Coach'nya yang "GARANG". (Tegas itu mesti)

Latihan diteruskan walau keadaan cuaca yang tidak menentu.

Hari sebelum sukan MSS Zon 6. Lawatan ke SK Senaja. Melawat Trek Arena Pertandingan.
Akibat cuaca yang tidak menentu sepanjang bulan September-Oktober maka Padang hampir berubah wajah menjadi kawasan Sawah. 

Walau bagaimana sekalipun keadaan Arena, perjuangan tetap diteruskan. Tahniah kepada semua atlet dan "mereka" yang terlibat dalam kejayaan ini.

 ~Sampai sini sahaja, jumpa lagi di halaman yang seterusnya~


No comments:

Post a Comment