SEJARAH SEKOLAH




~Di Sini Bermulanya Sebuah Cinta~

Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas II.

Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas II mula dibina pada pertengahan tahun 2002 di sebuah kampung kecil iaitu Kg. Indah Pitas yang lebih kurang 1 kilometer jauhnya dari Tapak Tamu Pekan Pitas dan bersebelahan dengan Hospital Daerah Pitas.

            Bangunan sekolah ini telah siap dibina pada penghujung tahun 2004 dan telah mula beroperasi pada awal sesi persekolahan 2005 iaitu pada 3. Januari. 2005 di bawah pentadbiran SK Pekan Pitas dengan jumlah murid seramai 150 orang sahaja dan 12 orang guru yang diketuai oleh Pn. Hjh. Asiah Hj. Damit selaku Penolong Kanan 1 di SK Pekan Pitas sebagai penyelaras pada waktu itu. Sementara menanti penempatan guru besar di sekolah ini, semua urusan pentadbiran dan pengajaran pembelajaran masih di bawah kawalan guru besar SK Pekan Pitas.

            Pada pertengahan tahun 2005, seorang guru besar En. Eric Sungkit Gilong telah ditempatkan sebagai guru besar yang pertama di sekolah ini. Beliau telah mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini sehingga penghujung tahun 2006 dan tempatnya telah diambil alih oleh Pn. Hjh. Asiah Hj. Damit yang telah dinaikkan pangkat dan menjalankan tugas guru besar di sekolah ini sehinggalah beliau bersara pada awal tahun 2015. Selepas persaraan Pn. Hjh Asiah, tempat beliau telah diambil alih pula oleh guru besar baharu iaitu En. Harun Bin Durabi yang bertugas hinggalah sekarang.

            Dari segi fizikal, sekolah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah 3 blok bangunan akademik, sebuah blok bangunan pentadbiran, kantin sekolah, dewan sekolah, bangunan pra sekolah, padang permainan, gelanggang permainan, astaka, surau, pondok rehat, kolam air terjun, pondok perhentian kereta dan 3 blok rumah guru.

            Sebagai sebuah sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan seperti makmal komputer, makmal sains, bilik muzik, bilik seni visual, pusat sumber, bilik kemahiran hidup, bilik rawatan dan berbagai lagi adalah menjadi faktor yang menyokong sekolah ini berkembang maju ke hadapan dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah seiring dengan lonjakan perubahan pendidikan masa kini.

No comments:

Post a Comment