Thursday 28 September 2017

Biar Foto Berbicara

Disebabkan pelbagai kekangan menyebabkan banyak sangat aktiviti-aktiviti sejak awal tahun 2016 hingga 2017 tidak dapat dikongsikan dalam blog ini. Bertemankan secangkir 3 in 1 Nescafe yang dibeli di kedai G-Mart Pitas, saya usahakan untuk memuatnaik beberapa foto berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang sempat dirakamkan pada masa itu. Lihat foto dan kenang memori anda pada saat itu. 

Taklimat tentang hari persekolahan dan peperiksaan UPSR oleh PK HEM Encik Che Zaki.

Taklimat tentang disiplin daripada guru disiplin SKPP2 iaitu Encik Syahrul kepada calon-calon UPSR.
"Kau tak jaga disiplin, kau tak payah ambil periksa!" (Edit)

Majlis ringkas guru-guru bersama murid tahun 6. Amanat daripada Guru Besar SKPP2 dan majlis bersalaman.

~BERSAMBUNG~

Selamat Datang

Tahniah kami ucapkan kepada seorang peribadi yang sentiasa komited dalam tugasnya. Seawal tahun 2017, setelah bersaranya mantan Guru Besar SKPP2 iaitu En. Harun Bin Durabi, maka tempat beliau telahpun mendapat penggantinya yang baharu.

Sekali lagi dengan ucapan Tahniah dan Selamat Datang kami warga SKPP2 ucapkan kepada "Bapa" baharu dalam organisasi SKPP2. Selamat bertugas di tempat yang baharu dan bersama-sama menyahut seruan Jabatan Pendidikan Negara dalam memartabatkan kualiti pendidikan di sekolah ini secara amnya. Terima Kasih.

Encik Julkipli Bin Sukur
Guru Besar SKPP2 (2017-kini)


TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI

Beliau mula bertugas di sekolah ini pada awal Tahun 2015. Tanpa mengambil masa yang lama, beliau mengambil keputusan untuk melepaskan tugasnya lebih awal daripada lanjutan masa bertugas yang dikurniakan.

Tak kenal maka tak cinta, hampir genap 2 Tahun beliau bertugas di sekolah ini membolehkan kami warga SKPP2 berpeluang untuk mengenali peribadi yang sangat fleksibel ini. Beliau umpama "Bapa" kepada keseluruhan warga di SKPP2. Senyum sapanya sentiasa dalam ingatan. Semoga terus berjaya dalam bidang yang lain. Terima kasih dan Semoga berjumpa lagi.

Encik Harun Bin Durabi
Guru Besar SKPP2 (2015-2017)